Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 64

63
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
FAKULTI PERUBATAN DAN KESIHATAN PERTAHANAN
kurikulum dari universiti yang ternama telah dikaji dari aspek keberkesanan dan perlaksanaannya. Selepas
dipertimbangkan FPKP telah membuat keputusan untuk menggabungkan aspek-aspek terbaik kurikulum
perubatan moden dan konvensional dengan mewujudkan kurikulum perubatan gabungan ataupun hibrid.
Kurikulum ini berasaskan pendekatan pengajaran mengikut mata pelajaran pra-klinikal yang diselaraskan
dengan pengajaran berasaskan sistem tubuh (SBSSPC), yang diperlengkapkan dengan Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM) dan Pendedahan Klinikal Awal (ECE).
Penubuhan FPKP UPNM akan membantu memenuhi aspirasi negara bagi menjadikan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) sebagai sebuah angkatan yang kredibel. FPKP dibentuk menjadi sebuah pusat rujukan
perubatan dan penyelidikan ketenteraan terulung di rantau ini dengan menekankan bidang-bidang
Perubatan Operasi (Operational Medicine), Perubatan Bencana (Disaster Medicine), Perubatan Bawah Air
dan Menyelam (Underwater and Submarine Medicine), Perubatan Aero-Angkasa (Aero Space Medicine) dan
pertahanan kimia, biologi, sinaran, nuklear dan bahan letupan (Chemical, Biological, Radiation, Nuclear
and Explosive - CBRNE).
FPKP ditubuhkan untuk melahirkan doktor dan tenaga profesional kesihatan yang berpengetahuan
luas dalam bidang perubatan ketenteraan dan berkeupayaan dalam berkhidmat mengikut keperluan
operasi ketenteraan, misi bantuan kemanusiaan dan bencana. Siswazah Perubatan UPNM akan memberi
perkhidmatan kesihatan yang terbaik pada sebilang masa, di mana tempat jua, dan mampu menggunakan
kemahiran menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi kritikal dan konflik.
Pada 18 September 2011, UPNM telah berjaya dilantik sebagai Unit Malaysia kepada Kursi UNESCO dalam
Bioetika. Pengerusi Unit yang dilantik ialah Mej Jen Prof. Dato’ Dr. Mohd Zin bin Bidin, Dekan FPKP. Unit ini
diwujudkan bagi mengkoordinasi dan mengalakkan rangkaian pendidikan di antara IPT di Malaysia dalam
hal-hal berkaitan bioetika, mengalakkan penyelidikan dalam bidang bioetika, merangka kurikulum sesuai
untuk didikan dalam bidang bioetika, memupuk kesedaran mengenai bioetika di kalangan IPT dan bagi
menjadi pusat rujukan untuk Bioetika di Malaysia.
2.0 Visi
Menjadi pusat kecemerlangan antarabangsa dalam bidang Perkhidmatan Kesihatan Pertahanan.
3.0 Misi
Melahirkan Pegawai Perubatan yang berdisiplin tinggi, kompeten, budiman dan terlatih serta berupaya
melaksanakan tugas dalam situasi mencabar.
4.0 Objektif Fakulti
1.
Menyediakan prasarana pembelajaran yang selesa, lengkap dan terkini dalam bidang pengajaran,
pembelajaran dan penyelidikan kesihatan.
2.
Menyemai nilai profesional, semangat patriotism, daya tahan dan budaya regimental demi melahirkan
Pegawai Perubatan yang berketerampilan tinggi serta berpandangan sejagat.
3.
Menjadi pusat kecemerlangan dan rujukan serantau dalam bidang perubatan ketenteraan.
4.
Menjana hasil penyelidikan dan inovasi perubatan bagi pembangunan bidang jagaan kesihatan
negara.
5.
Melaksanakan program Perubatan Operasi bagi melahirkan modal insan profesional yang mampu
mengendali dan menguruskan pesakit dalam situasi mencabar.
5.0 PROGRAM DOKTOR PERUBATAN (MD)
Program Doktor Perubatan (MD) merupakan pengajian sepenuh masa yang merangkumi tempoh pengajian
5 tahun (10 semester). Ia dirancang mengikut skima yang disyorkan oleh Majlis Perubatan Malaysia.
Program ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu:
• Fasa Satu (Pra Klinikal) - 1 Tahun
• Fasa Dua (Separa Klinikal) - 1 Tahun
• Fasa Tiga ( Klinikal) - 3 Tahun
1...,54,55,56,57,58,59,60,61,62,63 65,66,67,68,69,70,71,72,73,74,...143
Powered by FlippingBook