Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 68

67
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
ketenteraan
Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) di UPNM adalah sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang berperanan
menyelaras latihan Pegawai Kadet dari tiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan udara serta Pegawai Kadet
PALAPES. Selain dari itu, ALK juga bertanggungjawab mengkoordinasi latihan dengan pusat-pusat latihan
angkatan tentera dan agensi kerajaan lain yang terlibat secara langsung dalam disiplin pertahanan dan
keselamatan negara.
ALK dibentuk menjadi badan perhubungan dan informasi antara UPNM dengan Kementerian Pertahanan.
Segala polisi angkatan tentera adalah selari dengan tujuan sebenar penubuhan UPNM iaitu sebagai
sebuah universiti yang akan melahirkan pemimpin berwawasan dan berkeyakinan atau ‘Leaders of
Character’.
Sepanjang tahun 2011, ALK telah mematuhi segala dasar dan polisi yang digariskan sebagaimana tahun
sebelumnya dalam melaksanakan tanggungjawab yang merangkumi tiga aspek utama iaitu perkara
pentadbiran dan latihan.
1.0 PENTADBIRAN
1.1 Keanggotaan
Pada tahun 2011, kekuatan keseluruhan anggota Jurulatih dan Staf ALK adalah seramai 54 Pegawai dan
189 Lain-Lain Pangkat.
ketenteraan
Gambarajah 1: Kekuatan Jurulatih dan Staf ALK Tahun 2011
JURULATIH
STAFF
1...,58,59,60,61,62,63,64,65,66,67 69,70,71,72,73,74,75,76,77,78,...143
Powered by FlippingBook