Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 65

64
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
6.0 Keunikan Fakulti
• Hanya Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan, UPNM sahaja di Malaysia yang mempunyai
program perubatan yang unik menggabungkan ilmu perubatan dan ilmu ketenteraan.
• Program diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
• Kemudahan-kemudahan pengajaran, pembelajaran, hospital pengajar dan kemudahan rekreasi yang
lengkap dan terkini.
• Pengurniaan Watikah Tauliah sebagai Kapten Doktor oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.
• Mempunyai “Nich Areas” seperti “Aerospace Medicine”, “Underwater Medicine”, “Battlefield
Medicine” dan “Disaster Medicine”.
• Peluang berkhidmat di luar negara di bawah Panji-Panji Bangsa-Bangsa Bersatu.
• Kos pengajian dan penginapan bagi Pegawai Kadet dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian
Pertahanan.
• Elaun pengajian yang lumayan
7.0 Metodologi Pembelajaran
Metodologi pembelajaran direka berdasarkan konsep
Problem-Based Learning
dan
Integrated Medical
Curriculum Approach
. Sistem ini merangkumi syarahan, tutorial, pembelajaran kendiri, latihan makmal,
demonstrasi,
bedside teaching
,
Objective Structured Clinical Examination
(OSCE), seminar dan kajian
komuniti serta disusuli dengan latihan medan (Field Military Medicine Exercise).
Graduan Perubatan UPNM akan menjadi aset berkualiti yang mahir serta berkebolehan memberi khidmat
rawatan dalam pelbagai situasi mencabar. Di samping berkhidmat di hospital, mereka juga mampu
mengendalikan misi bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara.
FAKULTI PERUBATAN DAN KESIHATAN PERTAHANAN
1...,55,56,57,58,59,60,61,62,63,64 66,67,68,69,70,71,72,73,74,75,...143
Powered by FlippingBook