Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 77

76
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2.9 Ujian Kecergasan Jasmani
2.9.1
Latihan Renang Pegawai
Kadet.
Latihan Renang sentiasa
mengikut jadual renang yang
dikeluarkan oleh Cawangan
Jasmani. Hasil dari latihan
tersebut, ramai Pegawai Kadet
yang telah berjaya dan lulus di
dalam ujian yang dijalankan.
2.9.2
Ujian Kecergasan Asas
Pegawai Kadet (UKA).
UKA Penggal Pertama telah
dilaksanakan pada 14,16,19,22
dan 23 Februari 2011 dan UKA
Penggal Kedua telah dilaksanakan
pada 17 hingga 20 Oktober 2011.
Ujian ini bagi menentukan tahap
kecergasan setiap Pegawai Kadet
mencapai piawaian sebagaimana
yang telah ditetapkan.
2.9.3
BMI Pegawai Kadet.
Latihan
intensif telah direncanakan khas
kepada Pegawai Kadet yang yang
mempunyai Body Mass Index
(BMI) melebihi kadar index 25.
Latihan ini dijalankan pada setiap
hari isnin hingga khamis jam 1730
hingga 1900.
2.9.4
Latihan Jasmani dan Sukan
Petang Jurulatih dan Staf.
Latihan Jasmani bagi jurulatih
adalah pada setiap hari Selasa
dan Khamis mulai jam 0800
hingga jam 0900 dan bagi staf
pula adalah pada setiap hari Rabu
mulai jam 0700 hingga jam 0800.
Sukan bagi staf dan jurulatih pula
diadakan pada setiap hari Jumaat
mulai jam 1500 hingga jam 1700.
2.10 Latihan Tempur Tanpa
Senjata (TTS)
Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS)
telah mula diperkenalkan di UPNM
pada 14 Ogos 2009 dan dilaksanakan
pada setiap hari Jumaat mulai jam
1500 hingga jam 1800. Latihan ini
diadakan bertujuan memastikan
Pegawai Muda yang bakal dikeluarkan
oleh UPNM mempunyai kelayakan tali
pinggang hitam TTS, mampu untuk
mempertahankan diri dan negara
di samping memupuk semangat
kerjasama dan disiplin yang tinggi.
Aktiviti TTS juga turut dikreditkan
terhadap setiap Pegawai kadet UPNM.
TTS merangkumi latihan Taekwando
yang diiktiraf oleh Majlis Sukan
Negara. Dengan adanya latihan TTS,
UPNM mampu menambah pingat yang
dianjurkan oleh Majlis Sukan Universiti
Malaysia (MASUM).
Untuk tujuan pembelajaran, Pihak
Bahagian Pembangunan Latihan dan
Ketenteraan (BPLK), UPNM telah
menjalin hubungan baik bersama
Pusat Latihan Kor Polis Tentera
Diraja (PULAPOT) yang bertempat di
Kem Genting Klang, Setapak, Kuala
Lumpur. Hasil kerjasama yang telah
dijalankan, silibus pembelajaran yang
diajar kepada Pegawai Kadet UPNM
adalah berdasarkan silibus PULAPOT
dan kenaikan gred tali pinggang juga
diuji oleh Penguji yang berkelayakan
dari PULAPOT dan Persatuan
Taekwando Malaysia (WTF). Kumpulan
Jurulatih terbahagi kepada dua
bahagian iaitu PULAPOT dan Kelab
Cemerlang yang merupakan bekas-
ketenteraan
1...,67,68,69,70,71,72,73,74,75,76 78,79,80,81,82,83,84,85,86,87,...143
Powered by FlippingBook