Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 78

77
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
ketenteraan
bekas Jurulatih TTS dan mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini. Jumlah kekuatan jurulatih
yang dilantik adalah seramai 30 orang.
Bagi tahun 2011, sasaran untuk Pegawai Muda kelahiran UPNM memiliki Tali Pinggang Hitam masih belum
dicapai. Keadaan ini berlaku kerana Pegawai Kadet UPNM perlu mengikuti latihan TTS selama 3 tahun bagi
menyudahkan Silibus Tempur Tanpa Senjata. Objektif Tali Pinggang Hitam disasarkan bagi Pegawai Kadet
Pengambilan Tahun 2010. Pencapaian TTS tahun 2011 adalah seperti Gambarajah 7.
Gambarajah 7: Pencapaian TTS Tahun 2011
Gambarajah 8: Objektif Eksesais Harimau Jempol
Pertandingan Taekwondo MASUM Siri 1 di UIAM
1 Emas
3 Perak
2 Gangsa
Pertandingan Taekwondo MASUM Siri 2 di UMP
2 Emas
1 Perak
3 Gangsa
Pertandingan Taekwondo MASUM Siri 3 di UNIMAP
2 Emas
3 Perak
6 Gangsa
Pencapaian TTS
Tahun 2011
2.11 Lain-lain Aktiviti Ketenteraan
Sepanjang tahun 2011, Pegawai Kadet Tahun Akhir telah didedahkan dengan Demontrasi Kuasa Tembakan
Senjata Bantuan yang telah diadakan di Gemas pada 11 Julai 2011. Aktiviti ini diadakan untuk memberi
pendedahan kepada Pegawai Kadet UPNM terhadap keupayaan senjata bantuan yang digunakan oleh
Tentera Darat Malaysia.
2.11.1 Eksesais yang dianjurkan oleh Akademi Latihan Ketenteraan UPNM Sepanjang Tahun
2011
Eksesais Harimau Jempol dilaksanakan di Kem, Kongkoi dan Kawasan Am Kenaboi, Jelebu, Negeri
Sembilan. Latihan telah dilaksanakan dalam 3 Peringkat (4 hari 3 malam bagi setiap peringkat). Eksesais
melibatkan Pegawai Kadet Tahun Asasi Pengambilan 2011, Pegawai Kadet Tahun Satu Pengambilan
2010, Pegawai Kadet Tahun Dua Pengambilan 2009 dan Pegawai Kadet Tahun Tiga Pengambilan 2008.
Gambarajah 8 menerangkan secara jelas objektif Eksesais Harimau Jempol.
1...,68,69,70,71,72,73,74,75,76,77 79,80,81,82,83,84,85,86,87,88,...143
Powered by FlippingBook