Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 74

73
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
ketenteraan
Gambarajah 3: Aktiviti Latihan Ketenteraan
ALK. BPK tersebut mengikuti Latihan Tunas Wira (LTW)
selama 6 minggu di universiti ini dibawah seliaan
ALK sebelum dilantik menjadi Pegawai Kadet UPNM
secara rasmi. LTW diadakan bertujuan mengubah BPK
daripada orang awam kepada kehidupan ketenteraan
sebelum diserapkan menjadi Pegawai Kadet.
1.8 Pembangunan Kerohanian
Selari dengan corak latihan ketenteraan, Pegawai Kadet
juga didedahkan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan
untuk pembangunan kerohanian. Pelbagai aktiviti
keagamaan telah dilaksanakan. Untuk agama-agama
lain, Pegawai Kadet yang bukan beragama Islam
dibenarkan untuk melakukan aktiviti keagamaan
masing-masing. Aktiviti kerohanian yag telah dijalankan
adalah seperi Jadual 19.
2.0 LATIHAN
2.1 Pengurusan Latihan Ketenteraan
Bagi memenuhi keperluan ketiga-tiga perkhidmatan,
konsep latihan dan silibus mata pelajaran
dikonsolidasikan bersama Bahagian Operasi dan
Latihan MK ATM, MK Latihan TD, MK Pendidikan Laut
dan MK Pendidikan Udara seperti Gambarajah 3.
2.2 Validasi Dalaman dan Luaran
Cawangan Pembangunan dan Penyelidikan telah
melaksanakan validasi dalaman bagi setiap latihan
terhadap Pegawai Kadet yang mengikuti Latihan
Ketenteraan di luar kawasan UPNM terutamanya di
Kem Kongkoi, Jelebu Negeri Sembilan dan juga di
Mempaga, Pahang. Validasi ini dilaksanakan untuk
mendapatkan maklum balas mengenai keberkesanan
latihan ketenteraan Pegawai Kadet, keberkesanan kejurulatihan, aspek pentadbiran dan logistik.
LATIHAN KETENTERAAN TAHUN 2011
Latihan
Tunas Wira
Sukan
Ketenteraan
TTS
Ujian
Kecergasan
Jasmani
Latihan
Ketenteraan
Umum
Latihan
Ketenteraan
Tahun Akhir
Latihan
Kawad
Tauliah
Tahun 2011
1...,64,65,66,67,68,69,70,71,72,73 75,76,77,78,79,80,81,82,83,84,...143
Powered by FlippingBook