Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 75

74
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
ketenteraan
2.3 Latihan Ketenteraan Tahun 2011
Laporan Bahagian Latihan Ketenteraan (BLK) tahun 2011 merangkumi latihan ketenteraan yang telah
dilaksanakan mulai Januari 2011 sehingga Disember 2011.
2.4 Latihan Tunas Wira (LTW)
Latihan Tunas Wira telah dilaksanakan khusus kepada BPK Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bagi
pengambilan Tahun 2011. Latihan ini telah dilaksanakan secara intensif dalam jangkamasa 5 minggu iaitu
mulai 23 Mei hingga 24 Jun 2011. Latihan ini membabitkan seramai 500 orang Bakal Pegawai Kadet. LTW
ini dilaksanakan untuk menukarkan watak bakal Pegawai Kadet dari aspek sikap dan perwatakan awam
kepada tentera terutama di dalam menepati masa dan kepatuhan kepada arahan-arahan pihak atasan di
samping membina kekuatan fizikal dan mental melalui kaedah peningkatan secara berkala.
2.5 Latihan Ketenteraan Umum (LKU)
Latihan ketenteraan ini dilaksanakan untuk Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bagi
Tahun Asasi, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4. Kelas ketenteraan telah dibahagikan mengikut tahun
pengambilan Pegawai Kadet. Latihan Ketenteraaan ini dilaksanakan di dalam 3 semester sepanjang tahun
2011 dan juga pada sebelah petang hari Jumaat dan hari Sabtu pada setiap minggu semasa semester
akademik. Gambarajah 4 menunjukkan tarikh Latihan Ketenteraan Umum.
Gambarajah 4: Latihan Ketenteraan Umum
LATIHAN KETENTERAAN UMUM
semester
pertama
semester
kedua
semester
keTIGA
12 julai 2010
hingga 26 nov 2010
03 jan 2011 hingga
13 Mei 2011
23 MEI 2011 HINGGA
17 JUL 2011
2.6 Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA)
Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) adalah latihan untuk Pegawai Kadet Tahun Akhir UPNM yang telah
dilaksanakan mulai 13 Mei 2011 hingga 27 Jan 2012. Latihan ini melibatkan Pegawai Kadet Pengambilan
2005, 2006 dan 2007. Seramai 304 Pegawai Kadet UPNM telah terlibat di dalam latihan ini. Pecahan
tersebut adalah seperti Jadual 20.
Jadual 20: Pecahan Pegawai Kadet Tahun Akhir mengikut Perkhidmatan
Bil.
Perkhidmatan
Lelaki
Wanita
Jumlah
Catatan
1
2
3
Darat
Udara
Laut
Jumlah
117
47
111
275
16
6
7
29
133
53
118
304
LKTA di UPNM
LKTA di KDSI 1
1...,65,66,67,68,69,70,71,72,73,74 76,77,78,79,80,81,82,83,84,85,...143
Powered by FlippingBook