Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 46

45
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Peserta daripada UPNM telah menunjukkan prestasi amat membanggakan semasa perlumbaan. Beberapa
peserta yang baru pertama kali menyertai perlumbaan ini mampu menamatkan displin-disiplin dengan
masa yang sangat baik. Pendedahan kepada atlit baru amat penting bagi memastikan universiti mempunyai
pelapis pada masa akan datang.
Tempoh latihan yang mencukupi dan berkesan adalah perlu bagi memastikan UPNM berjaya mendapat
tempat dalam perlumbaan yang diadadakan. Latihan seperti berkayak, berlari dan berbasikal perlu diberikan
tumpuan yang lebih. Latihan khusus bagi disiplin berkayak pada setiap pagi perlu diadakan sebulan lebih
awal dari tarikh pertandingan agar pencapaian disiplin kayak dapat diperbaiki, berbanding latihan sebelum
ini iaitu hanya seminggu sebelum pertandingan.
Dicadangkan agar latihan berbasikal dapat dijalankan di luar Kem Sungai Besi supaya Pegawai Kadet dapat
merasai suasana sebenar pada hari pertandinganmemandangkan disiplin berbasikal merupakan faktor yang
besar untuk mencapai kemenangan dalam sukan lasak ini. Secara ringkasnya, penglibatan Pegawai Kadet
UPNM telah mengharumkan nama UPNM dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga di persada
sukan lasak antarabangsa. Prestasi Pegawai Kadet UPNM sememangnya membanggakan dan mampu
ditingkatkan lagi sekiranya diberikan latihan intensif serta sokongan padu daripada semua pihak.
Minggu Orientasi Siswa (MOSIS) Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi Akademik 2012/2013 UPNM
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima pelajar baharu bagi program sarjana muda
sesi akademik 2012/2013. Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menguruskan kemasukan pelajar
bermula pada 2-7 September 2012. Seramai 806 orang pelajar telah terpilih untuk melanjutkan pengajian
peringkat sarjana muda di UPNM. Masing-masing adalah seramai 484 orang pelajar kadet dan 322 orang
pelajar awam akan mengikuti pengajian di empat fakulti iaitu Fakulti Pengurusan dan Pengajian Sumber
Manusia (FPPP), Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP), dan Fakulti
Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP).
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Pertahanan
Malaysia merangkap Menteri Mentor UPNM. Pada majlis perasmian tersebut, semua pelajar baharu
melafazkan ikrar yang mana ianya adalah simbolik
perjanjian antara pelajar dengan UPNM untuk terus
menyanjung tinggi nilai dan budaya ilmu disamping
menyemat semangat dan tekad untuk mengharumkan
nama UPNM sepanjang tempoh pengajian. Turut hadir
bersama-sama dalam lafaz ikrar pelajar baharu iaitu
pihak pengurusan tertinggi Universiti antaranya YBhg
Lt Jen Dato’ Seri Allatif bin Mohd Noor, Naib Canselor
UPNM, Prof Dr Rugayah binti Mohamed, Timbalan Naib
Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Madya Dr
Mohamed Fadzil bin Che Din, Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksana Minggu Orientasi Siswa
Program Sarjana Muda Semester 1 Sesi Akademik
2012/2013 dan Dato’ Jesbil Singh, Timbalan Naib
Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat.
Sepanjang Minggu Orientasi Siswa, pelajar-pelajar
baharu telah diterapkan dengan ilmiah & motivasi
serta latihan dalam kumpulan bagi menyesuaikan diri
mereka dengan suasana universiti khususnya UPNM.
Selain itu, atas usaha dan idea murni Prof. Madya Dr.
Mohamed Fadzil Che Din, Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni, pelancaran Tabung Rohingya
dengan kerjasama MRA-Utusan dapat dilaksanakan dan
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
1...,36,37,38,39,40,41,42,43,44,45 47,48,49,50,51,52,53,54,55,56,...172
Powered by FlippingBook