Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 49

48
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
Sukarelawan Sekretariat Rakan Muda UPNM ke Zoo Negara “KNOW IT XPLORE IT”
Program sukarelawan kali ini lebih mencabar kerana menguji daya stamina dan kekuatan mental dalam
menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan. Program sukarelawan ini telah dilaksanakan pada 23
September 2012 (Ahad) bertempat di Zoo Negara, Gombak. Seramai 56 orang sukarelawan terlibat turun
bagi membantu pihak zoo Negara dalam memulihara dan memelihara binatang-binatang di zoo berkenaan.
Program sukarelawan ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Rakan Muda UPNM bagi menyumbang tenaga
kearah pemuliharaan.
Aktiviti-aktiviti sukarelawan yang dilaksanakan di zoo antaranya ialah bergotong royong, memastikan sumber
makanan binatang disediakan, membuat tapak permainan binatang dan menguruskan nurseri binatang.
Khidmat sukarelawan ini telah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berjaya membantu pihak
zoo dalam menguruskan kawasan persekitaran zoo berkenaan.
Pengalaman untuk menjalankan aktiviti lasak ini amat berbaloi kerana sumbangan yang diberikan telah
membantumeningkatkan kesedaran tentang alamsekitar dan juga haiwan-haiwan yang diancamkepupusan.
Usaha murni yang dilaksanakan oleh sukarelawan ini seharusnya diteruskan bagi memberi peluang kepada
generasi Y membentuk sikap untuk ringan membantu bukan sahaja kepada pihak zoo tapi seluruh lapisan
masyarakat.
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPNM Sesi 2012/2013
Dewan pendekar, 25 September - Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPNM berlangsung dalam
suasana aman dan lancar. Pemilihan MPP UPNM Sesi 2012/2013 diadakan bagi memilih dan menggantikan
MPP UPNM Sesi 2010/2011 yang dibubarkan pada 14 September. Proses pembuangan undi yang bermula
8.00 pagi hingga 3.00 petang itu turut menyaksikan sebanyak 95.2 % pelajar turun mengundi daripada 1,895
pelajar berdaftar yang layak mengundi. Turut hadir menyaksikan proses pembuangan undi ialah Timbalan
Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din.
Pemilihan yang bermula dengan Penamaan Calon pada 21 September menyaksikan seramai 19 orang
calon bertanding untuk merebut 14 kerusi umum dan fakulti. Para calon begitu bersungguh-sungguh dan
komited semasa berkempen pada 21-24 September yang berlangsung dalam suasana damai dan harmoni.
Pengumuman keputusan Pemilihan MPP UPNM Sesi 2012/2013 diumumkan oleh TNC HEPA bersama dekan
dan wakil-wakil fakulti sebaik sahaja proses pengiraan dan penjumlahan undi selesai kira-kira jam 6.30
petang. Manakala Majlis Ikrar dan Angkat Sumpah Ahli-ahli MPP UPNM Sesi 2012/2013 diadakan pada 5
Oktober, bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori disaksikan oleh Naib Canselor, Lt Jen Dato’
Seri Allatif Mohd Noor dan barisan pengurusan tertinggi universiti.
1...,39,40,41,42,43,44,45,46,47,48 50,51,52,53,54,55,56,57,58,59,...172
Powered by FlippingBook