Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 48

47
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
Kejohanan Hoki Dewan MASUM 2012
UPNM telahmenghantar 2 pasukan yang terdiri daripada 20 atlet bagi kategori lelaki dan wanita ke Kejohanan
Hoki Dewan MASUM 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 21 hingga 23 September 2012.
Pada perlawanan peringkat kumpulan, pasukan Hoki (W) telah menjadi Naib Johan kumpulan dan layak ke
peringkat separuh akhir. Pasukan Hoki (W) telah berjaya mendapat tempat keempat secara keseluruhan.
Tetapi pasukan Hoki (L) telah kecundang di peringkat kumpulan. Keseluruhannya, penyertaan Pasukan Hoki
UPNM ke kejohanan Hoki Dewan amat membanggakan dengan pencapaian mendapat tempat keempat.
Latihan perlu diteruskan bagi menghadapi kejohanan yang akan datang untuk memantapkan pasukan dan
meningkatkan prestasi permainan untuk mengharumkan nama UPNM.
Kejohanan Ragbi ‘Jonah Jones Sevens 2012’
Kejohanan Ragbi peringkat antarabangsa ini dianjurkan Royal Selangor Club dengan kerjasama Kesatuan
Ragbi Malaysia (MRU), yang telah berlangsung di Padang Ragbi, RSC Bukit Kiara Damansara 22 dan 23
September 2012. Pasukan Ragbi UPNM telah menghantar 1 pasukan dalam Kategori COLTS bawah 21 tahun
yang melibatkan atlet seramai 15 orang. Penyertaan kali ini menampilkan atlet junior pengambilan 2010 dan
2011 sahaja bertujuan untuk membangunkan persefahaman dan pendedahan dengan perlawanan bertaraf
tinggi. Selain itu, untuk mengenal pasti atlet-atlet yang akan mewakili UPNM ke Kejohanan Sukan Institusi
Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 nanti. Pasukan UPNM telah mendapat tempat Naib Johan Cup daripada 16
pasukan bertanding.
Walaupun membariskan pemain junior, keputusan yang dicapai cukup memberangsangkan jika dinilai dari
saingan penyertaan pasukan yang banyak. Kebanyakan acara yang disertai menyaksikan saingan yang hebat
diberikan oleh pemain-pemain ragbi UPNM kepada pemain ragbi yang lain. Pasukan Ragbi UPNM telah
menjadi Naib Johan Cup dalam Kategori Colts bawah 21 tahun pada kejohanan kali ini yang menampilkan
sebanyak 16 pasukan dari dalam dan luar negara yang mengambil bahagian. Keputusan yang diraih amatlah
positif dan menunjukkan pambangunan sukan ragbi di UPNM berada dilandasan yang betul. Walaupun
begitu, usaha perlu diteruskan lagi bagi memastikan kejayaan yang dikecapi dapat dipertahankan.
Desaru “International Long Distance Triathlon 2012”
Kelab Sukan Lasak UPNM telah menghantar seramai 14 Pegawai Kadet untuk menyertai Desaru “International
Long Distance Triathlon 2012” yang diadakan pada 22 hingga 23 September 2012 bertempat di Desaru, Johor.
Peserta daripadaUPNM telahmenunjukkan prestasi yangmemberangsangkan semasa perlumbaan. Beberapa
peserta yang baru pertama kali menyertai perlumbaan ini mampu menamatkan ketiga-tiga disiplin iaitu Long
Distance Triathlon - 2km Swim, 92km Cycle, 22km Run Sprint Triathlon, 750m Swim, 20km Cycle, 5km Run
dengan masa yang sangat baik. Objektif penyertaan kali ini lebih kepada memberi pendedahan kepada atlet
baru kerana ia amat penting bagi memastikan universiti mempunyai pelapis pada masa akan datang.
1...,38,39,40,41,42,43,44,45,46,47 49,50,51,52,53,54,55,56,57,58,...172
Powered by FlippingBook