Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 50

49
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
Pertandingan “CLASH OF THE BAND FESTCON” UNIMAP 2012
Pada 26 hingga 28 September 2012 Kelab Kebudayaan UPNM telah menghantar sepasukan ahli Enigma
Band UPNM ke Kangar, Perlis untuk bertanding dalam pertandingan “Clash Of The Band” sempena Festival
Konvokesyen yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Program ini telah membantu ahli kelab
untuk meningkatkan lagi kemahiran bermain alat muzik agar dapat memperoleh skil-skil muzik yang baru.
Selain itu program ini dapat merapatkan hubungan yang erat dan ikatan mesra antara universiti luar
dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, disamping itu juga program ini bertujuan untuk memberi
pendedahan muzik kepada ahli-ahli band supaya mereka dapat memberi tunjuk ajar kepada pelapis-
pelapis baru. Secara keseluruhan pertandingan ini, Kelab Enigma Band berjaya mendapat tempat ke-3 dan
membawa pulang wang tunai RM 500.00 serta trofi pertandingan . Kejayaan ini sekaligus memberi inspirasi
kepada kelab untuk terus berusaha dalam memantapkan pasukan dalam membuat persembahan muzik.
Festival Nasyid Universiti 2012 (FENU’12) Peringkat Kebangsaan Piala Naib Canselor UiTM Universiti
Teknologi Mara Shah Alam
Pada 28 September 2012, kumpulan nasyid In-Voices Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah
menyertai Festival Nasyid Universiti 2012 Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Dewan Agong Tuanku
Canselor, UiTM Shah Alam. Festival nasyid ini adalah program tahunan yang diadakan oleh pihak Kesenian
Islam UiTM Shah Alam. Terdapat tujuh buah universiti awam yang telah menyertai festival ini. Antaranya
ialah UMT, UTEM, UiTM Shah Alam, UiTM Seri Iskandar, UPNM, USIM dan UTM.
Pendaftaran telah diadakan pada 28 September 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam
pada jam 4.00 petang sehingga 7.00 malam. Manakala pertandingan pula bermula pada jam 8.30 malam
dan berakhir pada jam 11.30 malam. Selepas pengundian dibuat, kumpulan nasyid UPNM telah mendapat
giliran persembahan yang kelima. Kumpulan In-Voices mempersembahkan 2 buah lagu iaitu Fikir dan Azimat
Perjuangan.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk melahirkan bakat-bakat seni dalam bidang nasyid seterusnya
menyemarakkan lagi industri nasyid di negara ini. Disamping itu penerapan nilai-nilai murni turut ditekankan
melalui lirik serta persembahan setiap kumpulan yang bertanding dalam usaha untuk menjana modal insan
yang bertakwa sebagaimana yang telah disarankan oleh kerajaan. Pertandingan ini telah disertai oleh
Kumpulan Nasyid In-Voices berserta pembantu teknikal dari UPNM seramai 15 orang.
Sementara menunggu juri membuat keputusan, penonton telah dihiburkan dengan persembahan dari artis
jemputan iaitu kumpulanNow See Heart. Kumpulan In-Voices telahmendapat naib johan seterusnyamembawa
pulang wang tunai sebanyak RM 2000, sijil dan piala iringan. Melalui keputusan ini juga, kumpulan nasyid UPNM
telah berjaya memperbaiki keputusan dalam festival nasyid sebelum ini dengan menduduki tempat ketiga
untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2010 dan 2011. Ahli kumpulan nasyid UPNM berharap festival
ini dapat disertai pada tahun hadapan dan mendapat keputusan yang lebih baik.
Persidangan Kemuncak Kelab Penyayang 2012
30 Sept - Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah mengadakan satu program Persidangan Kemuncak Kelab
Penyayang 2012 bermula pada 30 September 2012 sehingga 2 Oktober 2012, bertempat di Institut Latihan
KWSP Bangi, Selangor. Program tersebut telah menghimpunkan 200 orang perwakilan Kelab Penyayang
daripada IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Program tersebut diadakan bertujuan menghimpunkan seluruh
perwakilan Kelab Penyayang disamping mengeratkan hubungan antara pelajar, menjana percambahan
idea dan pandangan daripada pelajar, memberikan tumpuan kepada hubungan, pertumbuhan, kemajuan,
dan kepentingan jangka panjang Kelab Penyayang di seluruh IPT di Malaysia, dan melebarkan kerja-kerja
kebajikan di Malaysia. Program yang diadakan selama 3 hari itu telah diisi dengan pelbagai aktiviti
indoor
dan
outdoor
yang menarik. Selain itu, pihak penganjur juga telah menyediakan beberapa slot ceramah daripada
aktivis yang telah lama terlibat dengan kerja-kerja amal seperti Dr. Reevany Bustami (USM), Encik Raymund
Jagen(JKM), dan Dr. Chandra Muzaffar, Presiden The International Movement for a Just World (JUST). Di akhir
program, pihak Yayasan Budi Penyayang telah mengadakan sesi soal jawab bersama YBhg Datuk Hj Omar
bin Abd Rahman, Timb. Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sekaligus
menyempurnakan majlis penutup program tersebut.
1...,40,41,42,43,44,45,46,47,48,49 51,52,53,54,55,56,57,58,59,60,...172
Powered by FlippingBook