Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 52

51
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
sukan sahaja. Sukan-sukan yang disertai adalah Ragbi 7 sebelah, Bola Tampar, Memanah, Taekwondo,
Tenpin Bowling, Olahraga, Sepak Takraw, Menembak dan Tenis. SUKIPT ini terbahagi kepada 2 Fasa iaitu
pada 28 Oktober 2012 hingga 03 November 2012 berlangsung Fasa 1 dan 06 November hingga 11 November
2012 pula berlangsung Fasa 2.
Kontinjen UPNM terdiri daripada 95 orang atlet iaitu 74 lelaki dan 21 perempuan berserta 9 orang pegawai
terlibat pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) ini. Sebanyak 3 acara sukan berlangsung di UPM
iaitu Ragbi 7 sebelah, Memanah, dan Tenis. Manakala Bola Tampar di Dewan MBSA Shah Alam, Menembak
di Lapang Sasar Subang, Sepak Takraw di UiTM Shah Alam, Taekwondo di USIM, Tenpin Boling di Sunway
Pyramid dan Olahraga di MSN Bukit Jalil.
Kontinjen SUKIPT UPNM 2012 telah merangkul 2 perak dan 2 gangsa pada Kejohanan SUKIPT yang pertama.
Selain itu, Kontinjen UPNM juga telah merangkul 4 Emas 2 Perak dan 4 Gangsa menerusi acara Pencak
Silat di Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi Ke-3, 2012. Secara
keseluruhannya, pungutan pingat UPNM adalah 4 Emas, 4 Perak dan 6 Gangsa menjadikan Kontinjen UPNM
berada di kedudukan ke-11 daripada 105 IPT yang bertanding. Pada keseluruhannya, prestasi atlet-atlet
SUKIPT UPNM 2012 adalah ditahap yang memuaskan dan masih perlu dipertingkatkan. Kesemua sukan
telah menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan.
Usaha pembangunan sukan yang dibuat menampakkan hasil peningkatan pencapaian sukan UPNM secara
beransur diarena sukan universiti Malaysia. Adalah diharapkan pada SUKIPT akan datang dapat memberikan
pencapaian yang lebih baik lagi. Dengan kerjasama daripada semua pihak di UPNM dalam memberi galakan
kepada pembudayaan sukan dijangka dapat meningkatkan lagi kecemerlangan sukan di UPNM. Pusat Sukan
UPNM berharap agar prestasi semasa akan mampu dikekalkan. Pusat Sukan UPNM menyeru agar semua
pucuk pimpinan akan turut sama berganding bahu dengan memberi sokongan dan bimbingan dalam
memastikan kecemerlangan sukan UPNM dapat dicapai.
Sekretariat Rakan Muda UPNM berjaya menawan Gunung Ledang, Johor
Pada 17 dan 18 November 2012, Sekretariat Rakan Muda UPNM telah menganjurkan program Ekspedisi
Mendaki Gunung Ledang UPNM. Seramai 40 orang ahli Sekretariat Rakan Muda dan 5 orang pegawai
pengiring telah terlibat secara langsung dalam pendakian ini. Program yang dilaksanakan di Perbadanan
Taman Negara Johor telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar UPNM.
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar khususnya ahli Sekretariat Rakan Muda
UPNM untuk merasai pengalaman aktiviti lasak, teknik mendaki,
team building
dan latihan kecergasan.
Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan persekitaran alam semulajadi sambil menikmati air terjun di
sekitar kawasan gunung tersebut. Pendakian yang mengambil masa selama 6 jam akhirnya berbaloi apabila
ekspedisi ini tiba di puncak gunung ledang pada jam 1.23 Petang. Gunung Ledang yang berketinggian 1276
Meter dari paras laut telah memberikan gambaran kepuasan kepada pendaki khususnya pelajar UPNM yang
rata-rata mereka tidak percaya mampu mendaki Gunung Ledang ini. Satu pencapaian yang membanggakan
apabila berjaya mengibarkan bendera UPNM di puncak Gunung Ledang. Ekspedisi ini selamat tiba di kaki
gunung pada jam 7.00 petang.
Selain daripada aktiviti mendaki, terdapat juga aktiviti lain seperti
explorace
dan aktiviti sukaneka bagi membina
karisma pelajar untuk lebih aktif dalam aktiviti pelajar terutama yang melibatkan
outdoor
. Program sebegini
memberi gambaran yang menyeluruh tentang budaya sukan lasak iaitu penglibatan pelajar dalam aktiviti ini
mampu mengubah personaliti pelajar dalam menjadi seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam
bidang akademik tetapi kepimpinan, sukan dan komunikasi dalam membentuk sahsiah pelajar terpuji.
Minggu Mendukung Seni (MMS) 2012 UPNM
Pada 10 sehingga 13 Disember 2012 telah berlangsung Minggu Mendukung Seni (MMS) yang julung kalinya
diadakan oleh Unit Kebudayaan UPNM yang dilaksanakan oleh Sekretariat Presiden Kelab Kebudayaan yang
terdiri daripada 9 buah kelab-kelab kebudayaan iaitu Kelab Bumi Sastera, Kelab Gamelan Citra Nusantara,
Enigma Band, Kelab Tari Waris, Kelab Wira Gempita, Kelab In-Voices, Kelab New Direction, Kelab Teater
dan Kelab Dancerobik dengan kerjasama Exco Kebudayaan MPP UPNM bertempat di perkarangan Kolej
Kediaman Tuah. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah Konsert
1...,42,43,44,45,46,47,48,49,50,51 53,54,55,56,57,58,59,60,61,62,...172
Powered by FlippingBook