Program Libaturus Bahagian Latihan Universiti Awam pada 22-24 Ogos 2022 di Kem Kongkoi
UPNM telah dilantik oleh AKEPT untuk menjadi tuan rumah bagi Program Libaturus Bahagian Latihan Universiti Awam di Kem Kongkoi, Jelebu. Program ini akan berlangsung dari 22 - 24 Ogos 2022 dan telah dirasmikan oleh Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM. Seramai 35 orang peserta daripada 17 UA dan 3 Agensi di bawah KPT telah menghadiri program ini.




