230 anggota ATM dijangka bergraduat di UPNM Disember ini hasil pengalaman perkhidmatan yang kini diterjemahkan menjadi kelayakan akademik.
5 MEI 2026 | MELAKA: Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad hadir ke Majlis Peluncuran Program Work-Based Learning (WBL 2.0) MINDEF 2026 yang disempurnakan oleh YB Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menerusi peluncuran ini, MINDEF meningkatkan peruntukan program WBL kepada hampir RM10 juta berbanding RM3 juta tahun lalu bagi memperluas peluang pendidikan kepada anggota ATM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Seramai 230 peserta Kohort 1/2025 dijangka bergraduat Disember ini di UPNM manakala 125 peserta baharu telah mendaftar bagi Kohort 2/2026. Turut berlangsung pertukaran MoA antara ATM dan UPNM bagi memperkukuh pelaksanaan program tersebut.
Program WBL 2.0 UPNM merangkumi Diploma Pentadbiran Perniagaan, Diploma Pengurusan Logistik dan Diploma Perkhidmatan Teknologi Pertahanan sekali gus memperkukuh peranan UPNM sebagai institusi yang menghubungkan pengalaman, pendidikan dan masa depan anggota ATM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |






















