UPNM perkukuh agenda kesarjanaan pengajar, lancar Sistem Pemantauan UPNM30 (e-PMS).
18 MEI 2026 | UPNM: UPNM terus memperkukuh agenda kecemerlangan akademik menerusi penganjuran Sesi Town Hall Pelan Strategik UPNM30: Kesarjanaan Pengajar yang menjadi platform memperincikan hala tuju strategik universiti dalam memperkasa budaya kesarjanaan dan kecemerlangan pengajar.
Program turut menyaksikan peluncuran Sistem Pemantauan UPNM30 (e-PMS) bagi memperkukuh pemantauan pelaksanaan inisiatif strategik universiti secara lebih sistematik dan berfokus, selain tayangan montaj “UPNM30: Setahun Merealisasi Aspirasi” sempena genap setahun Perutusan Ulung Naib Canselor.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi diteruskan dengan pembentangan Teras Strategik Kesarjanaan Pengajar oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Norhana binti Abdul Halim serta amanat Naib Canselor, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad yang menekankan pemerkasaan kecemerlangan pengajar sebagai antara tunjang penting dalam memastikan UPNM kekal berdaya saing.
Program diakhiri dengan sesi perbincangan bersama warga UPNM yang membuka ruang perkongsian pandangan, idea dan libat urus dua hala dalam memperkukuh agenda kesarjanaan serta merealisasikan aspirasi UPNM30 secara kolektif.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |






















