Ada perkara yang tidak boleh diukur dengan angka. Salah satunya ialah nilai sebuah pengorbanan.
29 MEI 2026 | UPNM: Program Ibadah Qurban Peringkat UPNM hari ini menghimpunkan warga universiti dalam suasana penuh kebersamaan dan kesyukuran. Turut hadir, Naib Canselor, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama Pengurusan Tertinggi Universiti bagi menyempurnakan program yang menjadi antara pengisian utama sempena Aidiladha.
Sebanyak tujuh ekor lembu telah disempurnakan ibadah korbannya sebelum diagihkan kepada warga kampus yang layak menerima.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Di sebalik gotong-royong yang berlangsung sejak pagi, terserlah semangat saling membantu, berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim. Mungkin bagi sesetengah orang ia sekadar agihan daging korban, tetapi bagi yang hadir, ia adalah peringatan bahawa nikmat yang paling indah ialah apabila dapat berkongsi dengan orang lain.
Itulah indahnya Aidiladha. Bukan sekadar tentang apa yang dikorbankan, tetapi tentang apa yang dapat diberikan kepada insan lain.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |






















