UPNM30 bukan tentang satu teras. Ia tentang satu arah tuju yang dikongsi bersama.
15 JUN 2026 | UPNM: Sesi Town Hall UPNM30 bagi Teras Kecemerlangan Mahasiswa dan Teras Penjanaan telah berlangsung hari ini sebagai penutup siri Town Hall UPNM30 bagi Fasa Pembangunan 2026.
Pembentangan Teras Kecemerlangan Mahasiswa telah disampaikan oleh Kol (K) Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), manakala pembentangan Teras Penjanaan telah disampaikan oleh Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara).
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi ini turut membuka ruang kepada warga UPNM untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan persoalan berkaitan pembangunan universiti selaras dengan aspirasi UPNM30 yang menekankan keterlibatan dan kebersamaan seluruh warga kampus.
Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, Naib Canselor UPNM dalam ucapannya menegaskan bahawa kejayaan UPNM30 tidak bergantung kepada satu individu atau satu bahagian semata-mata, tetapi kepada kesediaan seluruh warga universiti untuk bergerak sebagai satu pasukan ke arah matlamat yang sama.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
























