UPNM dan MAB Cipta Rekod Malaysia Book of Records, Lancar Modul Keselamatan Air Braille Pertama Negara.
20 JUN 2026 | UPNM: UPNM bersama Malaysian Association for the Blind (MAB) melakar sejarah apabila berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records menerusi formasi akuatik terbesar melibatkan OKU penglihatan serta melancarkan Modul Keselamatan Air Braille pertama di Malaysia.
Program yang melibatkan 75 peserta OKU penglihatan itu merupakan sebahagian daripada Splash of Confidence 3.0: 75 Waves of Courage yang dianjurkan oleh mahasiswa Tahun Dua Akademi Kecergasan Pertahanan (AKP) UPNM bagi meningkatkan akses komuniti OKU penglihatan kepada pendidikan keselamatan air dan kemahiran menyelamatkan diri.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis perasmian dan penyerahan sijil MBR telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Kol (K) Prof. Dr. Khairol Amali Ahmad. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Dato’ George Thomas dan wakil KBS.
Program ini membuktikan bahawa pertahanan bukan sekadar berkaitan kedaulatan negara, tetapi turut merangkumi keselamatan insan dan kesejahteraan komuniti. Melalui gabungan kepakaran akademik, empati sosial dan kepimpinan mahasiswa, UPNM terus memperkukuh peranannya sebagai institusi yang membangunkan ilmu, karakter dan penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
























