IDEAS 2026: Apabila Idea, Inovasi dan Pertahanan Bertemu di UPNM.
24 JUN 2026 | PUTRAJAYA: Bagaimana rupa masa depan pertahanan negara? Persoalan itu menjadi antara fokus utama yang dibincangkan sepanjang International Defence, Engineering and Security (IDEAS) Conference 2026 yang menghimpunkan penyelidik, ahli akademik, pemain industri serta komuniti pertahanan dan keselamatan dari dalam dan luar negara.
Persidangan anjuran Fakulti Kejuruteraan UPNM yang dirasmikan oleh Prof. Dr. Aidy bin Ali, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPNM ini menjadi platform perkongsian idea, penyelidikan dan inovasi yang menyokong pembangunan pertahanan serta keselamatan negara.
Antara tumpuan utama ialah perkongsian oleh Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara mengenai landskap keselamatan global dan keupayaan pertahanan masa hadapan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Persidangan turut menampilkan Dr. Hidayati, S.T., S.H., M.T., M.H., Colonel Czi (K), Ketua Program Pengajian Kejuruteraan Awam, Fakulti Teknologi Pertahanan, Universitas Pertahanan Republik Indonesia (UNHAN) yang membincangkan peranan teknologi pembinaan dalam misi kemanusiaan pasca bencana, serta Prof. Ir. Dr. Shahrum Abdullah, Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengetengahkan potensi kecerdasan buatan dalam meningkatkan keselamatan aset kritikal.
Melalui IDEAS 2026, UPNM terus memperkukuh peranannya sebagai universiti pertahanan negara yang menyumbang kepada pembangunan ilmu, teknologi dan penyelesaian bagi mendepani cabaran keselamatan masa hadapan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |






















