Dari Paris, UPNM Terus Memperluas Jaringan Strategik.
24 JUN 2026 | PARIS: Dalam usaha memperkukuh jaringan antarabangsa universiti, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Perancis.
Pertemuan ini bukan sekadar kunjungan rasmi, malah membuka ruang memperkukuh hubungan antara UPNM dan Perwakilan Malaysia di Perancis khususnya dalam menyokong kerjasama strategik berkaitan pendidikan tinggi, penyelidikan dan teknologi pertahanan.
Sebagai universiti pertahanan negara, UPNM terus memperluas jaringan global bagi memastikan setiap kerjasama yang dibina mampu menyumbang kepada pembangunan kepakaran, inovasi dan keupayaan pertahanan negara pada masa hadapan.

![]() |
![]() |




