UPNM Diberi Peranan Strategik Menjayakan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan 2026-2030.
25 JUN 2026 | KUALA LUMPUR: Pelancaran Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) 2026-2030 oleh Menteri Pertahanan, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menandakan langkah penting dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara.
Dalam pelaksanaan agenda nasional ini, UPNM diberi peranan sebagai institusi utama dalam pembangunan modal insan pertahanan, penyelidikan, inovasi dan teknologi bagi menyokong pelaksanaan RTKP.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Delegasi UPNM yang diketuai oleh Prof. Dr. Aidy bin Ali, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) turut menghadiri majlis pelancaran tersebut.
Selaras dengan aspirasi UPNM30, universiti akan terus memperkukuh ekosistem pendidikan, penyelidikan dan kerjasama strategik bagi melahirkan pemimpin serta profesional pertahanan yang bersedia mendepani cabaran masa hadapan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |






















