
Satu sesi pembentangan dan perbincangan telah diadakan melibatkan Dr. Nordila binti Ahmad, Pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkenaan Sistem Rawatan Air Medan Tentera Darat untuk kegunaan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).
Pembentangan ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JKM, Tingkat 7, Fakulti Kejuruteraan, UPNM, dan turut disertai oleh wakil daripada STRIDE serta RAJD. Sesi ini bertujuan membincangkan potensi pembangunan dan pelaksanaan sistem rawatan air bagi kegunaan operasi medan.
Selain sesi pembentangan, para delegasi juga telah dibawa melawat projek penapisan air yang terletak di Bukit Gemilang bagi melihat secara langsung aplikasi dan keberkesanan sistem yang dicadangkan.
Hasil perbincangan mendapati pihak STRIDE dan RAJD menunjukkan minat terhadap sistem yang dibentangkan dan akan meneruskan penilaian lanjut di peringkat masing-masing.
Semoga kolaborasi strategik ini dapat menyumbang kepada pengukuhan penyelidikan dan inovasi pertahanan negara