4 - 6 Oktober 2023 - UPNM menganjurkan Bengkel Pemantapan Pelan Strategik UPNM Bagi Tahun 2023/2024 di Mudzaffar Hotel Melaka.




Accessibility Tools
4 - 6 Oktober 2023 - UPNM menganjurkan Bengkel Pemantapan Pelan Strategik UPNM Bagi Tahun 2023/2024 di Mudzaffar Hotel Melaka.











15 September 2023 – Berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara UPNM dan Destini Berhad, bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori UPNM. MoU telah ditandatangani oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad dan disaksikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Hj. Azizi bin Hj. Miskon, Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi manakala dari pihak Destini Berhad, YBhg. Mejar Datuk Kabol bin Surat, Pengarah Eksekutif, Destini Prima dan diiringi oleh YBhg. Encik Faizal bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, Destini Energy Sdn. Bhd & Destini Oil Services Sdn. Bhd.







9 September 2023 – Bermula 21 Ogos sehingga 9 September 2023, seramai 1499 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) ke-41 telah menjalani latihan sempena Istiadat Pertauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam (UA) ke-41 di Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Setelah 3 tahun mengikuti latihan yang diberikan, segala perit jerih menjalani latihan telah berakhir apabila mereka ditauliahkan sebagai Pegawai Muda dalam Rejimen Askar Wataniah. Tahniah diucapkan kepada semua Pegawai Muda di atas pertauliahan ini.


*Lihat Video Pendek: TEKAN SINI
6 September 2023 – Delegasi UPNM diketuai oleh YBhg. Left Jen Datuk Mardzuki Bin Muhammad, Naib Canselor UPNM diiringi Prof. Ts. Dr. Hj. Azizi bin Hj. Miskon, Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi telah menghadiri persidangan 16th International Research Conference (IRC) 2023 di General Sri John Kotelawala Defence University (KDU-IRC) dan pelaksanaan program di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh KDU Sri Lanka dan UPNM.



NC UPNM telah menyampaikan ucaptama semasa di persidangan tersebut manakala perbincangan mengenai MoU menjurus kepada agenda penyelidikan bersama dalam beberapa bidang keutamaan seperti akademik, program kepimpinan dan pembangunan profesional.


*Credit: https://kdu.ac.lk/
4 Sep 2023 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) buat julung kalinya telah menerima kunjungan delegasi dari Royal Thai Army War College. Mereka terdiri daripada 70 orang peserta yang diketuai oleh Mej Jen Chagard Kantee, Commanding General Royal Thai Army War College.

Setibanya di perkarangan Bangunan Canselori, Mej Jen Chagard Kantee telah diberi penghormatan kawalan kuarter (quarter guard) dari anggota-anggota Akademi Latihan Ketenteraan (ALK). Di dalam pertemuan di Bilik Singgahsana, YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Royal Thai Army War College serta mengharapkan hubungan diplomatik UPNM dan dapat diperkukuhkan lagi dengan pertukaran maklumat dalam bidang pendidikan, akademik dan latihan ketenteraan.


Kemudiannya para peserta telah diberi taklimat oleh YBhg Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Pengarah Kanan PNC JIPK di Dewan Bestari. Lawatan berakhir dengan lawatan simulator kapal dan pameran penyelidikan di Pusat Maritim UPNM.
Turut hadir adalah Pengurusan Tertinggi UPNM dan pegawai-pegawai kanan UPNM.


*Lihat Video Pendek: TEKAN SINI
HUBUNGI KAMI
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
dummy+06 03-9051 3400
dummy webmaster@upnm.edu.my
PELAWAT
