Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 115

114
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
pembangunan sumber maklumat
• Sewaan talian utama Internet 64 Mbps Metro-E.
• Penyelenggaraan Firewall Juniper & Web Filtering untuk keselamatan pelayan dan
pangkalan data.
• Menaik taraf dan memperluas liputan Wi-Fi di bangunan lama dan baharu.
3.0 Pengurusan Data & Keselamatan ICT
Mulai tahun 2011 infrastruktur teknologi maklumat telah dinaik taraf dengan penyediaan prasarana
pelayan dan pangkalan data bagi memenuhi keperluan fizikal dan logikal pembangunan Sistem Maklumat
Bersepadu Universiti. Pelbagai sistem pengoperasian pelayan digunakan sama ada berasaskan sumber
terbuka (open source) dan juga
Windows
.
Untuk capaian data yang pantas seiring dengan pertambahan pengguna dan sistem aplikasi, Unit
Pengurusan Data & Keselamatan ICT telah menaik taraf pelayan dan pangkalan data yang digunakan oleh
universiti. Pada akhir tahun 2011, universiti telah membuat perolehan FC SAN storage berkapasiti 2TB bagi
tujuan storan berpusat (centralized storage) dan juga backup pangkalan data utama universiti.
3.1 Antara perkhidmatan Pengurusan Data & Keselamatan ICT yang disediakan:
• Merancang dan melaksanakan penyelidikan mengenai teknologi ICT terkini.
• Menyediakan pelayan untuk sistem aplikasi dan pangkalan data.
• Memastikan pelayan dalam keadaan sedia digunakan.
• Memastikan kerahsiaan maklumat dan keselamatan data universiti terpelihara.
• Mentadbir sistem e-mel staf UPNM.
• Menyedia dan mentadbir
Domain Name System
(DNS).
• Menyedia dan mentadbir perisian antivirus rasmi universiti.
• Mentadbir ke semua lesen perisian rasmi universiti.
• Menangani isu keselamatan seperti
Spam
/
Phishing
/
Junk
mail dan lain-lain.
3.2 Kekuatan Unit Pengurusan Data & Keselamatan ICT
Jawatan
Bilangan
Pegawai Teknologi Maklumat F41
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Juruteknik Komputer FT17
1
1
1
3.3 Aktiviti sepanjang tahun 2011
• Menaik taraf e-mel Zimbra 6.0.6 kepada Zimbra 7.1
• Projek
Fibre Channel SAN Storage and Backup
3.4 Perancangan 2012
• Projek “Server Consolidation and Virtualization”
Konsep
on-demand infrastructure
yang dicadangkan ini, khusus untuk keperluan pelayan
yang baharu; akan dapat membantu mempercepatkan proses perolehan, mengurangkan
kos operasi, meningkatkan keselamatan pelayan dan penyimpanan data penting universiti.
• Menaik taraf prasarana Bilik Rangkaian dan Pusat Data di bangunan baharu Pusat
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
4.0 Perkhidmatan ICT dan Bantuan Pengguna
4.1 Antara perkhidmatan ICT dan bantuan pengguna yang disediakan:
• Memberi bantuan khidmat sokongan pengguna.
• Menganalisa dan merancang keperluan peralatan ICT dan perisian ICT.
• Merekod dan memantau inventori, peralatan dan perisian ICT.
• Merekod pergerakan peralatan ICT di bawah stok pinjaman.
• Menyediakan kertas kerja pembelian peralatan ICT.
• Membantu pengurusan aset ICT PTMK.
Jadual 37: Kekuatan Unit Pengurusan Data & Keselamatan ICT
Kekuatan Unit Pengurusan Data & Keselamatan ICT adalah seperti Jadual 37.
1...,105,106,107,108,109,110,111,112,113,114 116,117,118,119,120,121,122,123,124,125,...143
Powered by FlippingBook