Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 116

115
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
pembangunan sumber maklumat
• Menguruskan penyelenggaraan dan penyenggaraan peralatan ICT.
• Memberi bantuan khidmat pengguna yang merangkumi penyelenggaraan/kerosakan
perkakasan ICT, perisian, rangkaian, pencetak dan peminjaman peralatan ICT.
5.0 Kekuatan Unit Perkhidmatan ICT & Bantuan Pengguna
5.1 Aktiviti 2011: Pembekalan Komputer Peribadi dan Komputer Riba
Bagi tahun 2011, sebanyak 150 buah komputer peribadi telah dibeli bagi kegunaan kakitangan
pengurusan dan sokongan. Manakala sebanyak 30 buah komputer riba telah dibeli untuk
dibekalkan kepada kakitangan akademik bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan
penyelidikan.
Setiap tahun dijangkakan terdapat penambahan kakitangan pengurusan dan sokongan
mahupun kakitangan akademik ke UPNM. Sehubungan dengan itu, bagi menampung
keperluan komputer peribadi dan komputer riba untuk kakitangan baru yang semakin
meningkat, PTMK sentiasa merancang pembelian baru komputer peribadi dan komputer riba
dari tahun ke tahun.
6.0 Bahagian Sistem Maklumat Bersepadu (SMB) dan Pembangunan Aplikasi
Pengurusan sistem dan pangkalan data mula beroperasi sejak wujudnya PTMK di UPNM. Bermula dengan
perkakasan dan perisian yang minimum, peranan dan tanggungjawab bahagian ini semakin hari semakin
bertambah dalam menguruskan keperluan sistem dan pangkalan data universiti.
Sistem Maklumat Bersepadu (SMB) adalah gabungan dua sistem teras universiti iaitu Sistem Maklumat
Akademik (SAP) dan Sistem Maklumat Personel (SMP) yang telah dibangunkan berasaskan
client-server
dan juga web. Antara faedah pembangunan SMB kepada universiti adalah:
• Peningkatan kecekapan pengurusan UPNM melalui penyimpanan maklumat yang lengkap dan
pemprosesan maklumat yang cepat, tepat dan mudah dicapai.
• Penggunaan maklumat yang bersepadu membolehkan proses integrasi maklumat dengan semua
sistem-sistem yang lain.
6.1 Antara perkhidmatan bahagian aplikasi adalah seperti berikut:
• Melaksana projek pembangunan sistem aplikasi baharu.
• Menyelenggara dan melakukan penambahbaikan ke atas sistem aplikasi yang sedia ada.
• Menjalankan penyelidikan mengenai teknologi terkini berkaitan pembangunan sistem
aplikasi termasuk isu-isu keselamatan.
6.2 Bahagian ini terbahagi kepada 2 unit iaitu:
• Unit Aplikasi Akademik
• Unit Aplikasi Staf dan Web
Jawatan
Bilangan
Pegawai Teknologi Maklumat F41
uruteknik Komputer FT17
1
7
Jadual 38: Kekuatan Unit Perkhidmatan ICT & Bantuan Pengguna
Kekuatan Unit Perkhidmatan ICT & Bantuan Pengguna adalah seperti Jadual 38.
1...,106,107,108,109,110,111,112,113,114,115 117,118,119,120,121,122,123,124,125,126,...143
Powered by FlippingBook