Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 132

131
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pusat Kecemerlangan
PAMERAN DEFENCE SERVICES ASIA 2012 (DSA 2012)
Pada 16-19 April 2012, Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan UPNM (CODRAT) telah dijemput untuk
menyertai PameranDefence Services Asia 2012 kali ke-13 di PWTC, Kuala Lumpur. Pameran ini dianjurkan oleh
DSA Exhibition and Conference Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia. Penyertaan
CODRAT dalam pameran ini bertujuan memperkenalkan UPNM dan mempamerkan hasil penyelidikan
yang telah dipelopori bersama-sama rakan strategik. Gerai pameran UPNM mendapat perhatian umum
dan sering dilawati pemimpin-pemimpin dan pemain industri pertahanan serta media dari Malaysia dan
luar Negara. Pameran seperti ini merupakan platform dalam memperluaskan jaringan rakan strategik selain
sebagai perantara dalam memajukan bidang kajian pertahanan dan keselamatan UPNM.
MESYUARAT NATIONAL DEFENCE & SECURITY RESEARCH COUNCIL
Pada 30 Mei 2012 CODRAT telah mengadakan Mesyuarat National Defence & Security Research Council
bilangan 4/2012 bertempat di Mines Wellness Hotel Seri Kembangan anjuran Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia bagi membincangkan keperluan dan aktiviti penyelidikan merangkumi sektor pertahanan dan
keselamatan.
Mesyuarat menghimpunkan agensi-agensi Pertahanan dan Keselamatan yang terdiri daripada Tentera
Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
dan Polis Diraja Malaysia. Juga ahli- ahli mesyuarat yang terdiri daripada wakil industri pertahanan
iaitu STRIDE, MIMOS BERHAD, Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), SME ORDNANCE Sdn Bhd,
Astrounautic Technology Sdn Bhd (ATSB), Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Sapura Secured
Tecnologies, DRB-Hicom Defence Technologies (DEFTECH) dan wakil dari Universiti Penyelidikan antaranya
Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan
Universiti Kebangsaan Malaysia.
1...,122,123,124,125,126,127,128,129,130,131 133,134,135,136,137,138,139,140,141,142,...172
Powered by FlippingBook