Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 139

138
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pembangunan Sumber Maklumat
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 2012
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) melakar sejarah baharu apabila penstrukturan semula
pusat berjaya direalisasikan. Prof. Dr. Hjh. Fatimah binti Dato Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah baharu
PTMK berkuat kuasa 1 Ogos 2012. Selain itu, seorang Timbalan Pengarah serta Pengurus juga telah dilantik
berkuat kuasa pada tarikh yang sama. Prof. Madya Kapt Syed Nasir Alsagoff bin Syed Zakaria (Bersara) dan
Encik Mohd Anuar bin Mohd Nor masing-masing dilantik sebagai Timbalan Pengarah serta Pengurus. Selaras
dengan pelantikan Pengarah baharu, satu transformasi telah dilakukan untuk menyokong kecekapan
pengurusan dan memberikan perkhidmatan yang lebih menyeluruh apabila unit-unit sedia ada diberi nafas
baharu dengan digantikan dengan seksyen dan penstrukturan jawatan bagi seksyen-seksyen juga dilakukan.
Penstrukturan tersebut bukan sahaja melibatkan penyusunan semula perjawatan di seksyen-seksyen sedia
ada, tetapi juga melibatkan pewujudan tiga (3) seksyen baharu. Selain daripada itu, beberapa seksyen
di bawah pusat ini juga menerima anjakan baharu yang lebih proaktif apabila nama seksyen ditukar ke
nama baharu yang lebih menggambarkan kredibiliti, peranan dan matlamat seksyen. Seksyen baharu yang
diwujudkan adalah Seksyen Pengurusan Data dan Aset, Seksyen Aplikasi Sokongan dan Inovasi serta Seksyen
Aplikasi E-Learning dan Multimedia. Antara seksyen lain adalah Seksyen Pentadbiran, Seksyen Rangkaian,
Seksyen Perkhidmatan ICT, Seksyen Keselamatan ICT, Seksyen Aplikasi Akademik, Seksyen Aplikasi Staf dan
Seksyen Aplikasi Web.
Misi, visi, moto, objektif, dasar serta piagam pelanggan juga diwujudkan selaras dengan penstrukturan
semula PTMK.
VISI
Beriltizam menjadikan ICT sebagai pemangkin dalam merealisasikan visi universiti.
MISI
Mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran, pembelajaran, pentadbiran, pengurusan dan
penyelidikan melalui penggunaan sumber ICT yang sesuai, berkesan dan inovatif serta berusaha menjadikan
ICT sebagai bidang kecemerlangan.
MOTO
“Pemangkin Teknologi Masa Kini”
Pembangunan Sumber Maklumat
1...,129,130,131,132,133,134,135,136,137,138 140,141,142,143,144,145,146,147,148,149,...172
Powered by FlippingBook