Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 140

139
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pembangunan Sumber Maklumat
PIAGAM PELANGGAN PTMK
4
Memproses permohonan pinjaman peralatan PTMK dalam masa dua (2) hari bekerja dari tarikh
penerimaan borang yang lengkap.
4
Memproses permohonan alamat IP, alamat mel elektronik dan akaun ID Wi-Fi dalam masa tiga (3) hari
bekerja dari tarikh penerimaan borang yang lengkap.
4
Semua aduan kerosakan berkenaan sumber ICT akan di atasi dalam masa seperti berikut.
8
Aduan pengguna akan diambil tindakan pemeriksaan pada hari aduan diterima.
8
Kerosakan akan dibaiki dalam masa dua (2) hari bekerja sekiranya kerosakan dapat diatasi oleh
staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK).
8
Sekiranya kerosakan tidak dapat diselesaikan dalam masa dua (2) hari bekerja, tindakan susulan
akan diuruskan.
DASAR KUALITI
PTMK beriltizam ke arah mencapai kecemerlangan ICT melalui penerapan budaya kualiti secara berterusan
demi mencapai kepuasan pelanggan secara menyeluruh.
PTMK is committed to achieving excellence in ICT through continuous practice of quality in order to achieve total
customer satisfaction.
OBJEKTIF PTMK
1.
Menyokong prasarana Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara meluas dalam pembelajaran,
pengajaran, pentadbiran dan penyelidikan di universiti.
2.
Menerapkan satu budaya Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan warga universiti.
3.
Menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai saluran komunikasi yang utama.
4.
Menyediakan khidmat sokongan dan rundingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada warga
universiti.
5.
Membangun dan menyenggara sistem maklumat berkomputer universiti.
6.
Mengembangkan daya kreativiti dan inovasi melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
7.
Menerokai teknologi baharu dalam perkhidmatan dan pelaksanaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi di universiti.
8.
Memastikan kesinambungan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi terhadap visi dan
misi universiti.
Seksyen Rangkaian
Seksyen Rangkaian merupakan antara seksyen terpenting dalam memberikan perkhidmatan sokongan ICT
kepada warga UPNM untuk menyokong teras utama aktiviti universiti dalam aspek pengurusan, pentadbiran,
pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi.
1...,130,131,132,133,134,135,136,137,138,139 141,142,143,144,145,146,147,148,149,150,...172
Powered by FlippingBook