Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 134

133
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pusat Kecemerlangan
Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS) sebagai
Pusat Kecemerlangan
Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (PPPKA) atau lebih dikenali sebagai Center for
Defence and International Security Studies (CDISS) telah ditubuhkan pada Januari 2009. Sebagai sebuah
institusi perkhidmatan, CDISS memberi penekanan sebanyak 75 peratus dalam usaha menganjurkan
seminar dan bengkel bertaraf antarabangsa mahupun tempatan. Manakala 25 peratus difokuskan kepada
bidang penyelidikan demi menggalakkan penghasilan teknologi yang bermutu mengenai bidang-bidang
pertahanan dan keselamatan peringkat UPNM, tempatan, mahupun antarabangsa serta memenuhi
keperluan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan negara dalam bidang-bidang tertentu.
AKTIVITI-AKTIVITI BERTEMAKAN INSTITUSI PERKHIDMATAN
CDISS telah mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi atau
think-tank
berikut:
- Institut des Hautes Etudes de Défense Nationale (IHEDN), Perancis
- Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI)
- S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Singapura
- Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)
- Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)
- Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS)
- Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
- Institut Maritim Malaysia (MIMA)
- Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Malaysia (IDFR)
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Jabatan Perdana Menteri (JPM)
- Institusi Pengajian Tinggi Awam terpilih yang telah menubuhkan institusi berhubungan dengan bidang
pertahanan dan keselamatan, seperti Universiti Utara Malaysia (UUM), Institut Kajian Malaysia dan
Antarabangsa (IKMAS) dan Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
AKTIVITI-AKTIVITI BERTEMAKAN PENYELIDIKAN
CDISS menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang-bidang berikut:
- Strategi Pertahanan Negara (National Defence Strategy)
- Dasar Pertahanan Negara (National Defence policy)
- Peperangan Siber (Cyber warfare)
- Keselamatan Tradisional (Traditional Security)
- Ancaman keselamatan bukan tradisional (Non-traditional military threats)
- Isu-isu dalam hubungan kuasa besar (Issues on major power affairs)
- Kepimpinan Tentera (Military leadership)
1...,124,125,126,127,128,129,130,131,132,133 135,136,137,138,139,140,141,142,143,144,...172
Powered by FlippingBook