Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 136

135
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pusat Kecemerlangan
Ceramah ini telah dipengerusikan oleh Profesor Ruhanas Harun, Pengarah CDISS. Tujuan ceramah ini adalah
untuk berkongsi pandangan mengenai krisis Scarborough Shoal di Lautan China Selatan yang tercetus di
antara Negara China dan Filipina.
26 - 27 November 2012
“2nd IHDEN - NDUM Bilateral Symposium on France
- Malaysia: A Joint Approach Addressing Regional
Challenges”, Paris, Perancis.
CDISS telah bekerjasama dengan Institut des Hautes
Études de Défense Nationale (lebih dikenali sebagai
Institute of Higher National Defence Studies atau
IHEDN) untuk menganjurkan satu seminar bertajuk
“Second IHDEN - NDUM Bilateral Symposium on
France - Malaysia: A Joint Approach Addressing
Regional Challenges” bertempat di Paris, Perancis.
Tujuan seminar ini diadakan secara amnya
adalah untuk memenuhi hasrat Memorandum
Persefahaman yang telah termaktub. Secara
khususnya,
seminar
ini
bertujuan
untuk
membincangkan
isu-isu
pertahanan
dan
keselamatan yang menjadi perhatian utama oleh
kedua-dua pihak Malaysia dan juga Perancis.
Delegasi UPNM diketuai oleh Dato’ Jesbil Singh,
Timbalan Naib Cancelor JIPK, dan juga merupakan
Felo Penyelidikan CDISS. Wakil-wakil UPNM terdiri
daripada Pengarah CDISS Prof Ruhanas Harun, dan
Felo-felo Penyelidikan CDISS seperti Prof Dr B. A.
Hamzah, Prof Mayda Dr Aruna Gopinath, Prof Mayda
Dr Radziah Abdul Rahim.
Selain itu, delegasi UPNM juga terdiri daripada
agensi luar seperti Pengarah Eksekutif MiDAS
Mej Gen Dato’ Pahlawan Dr William Stevenson,
Pengarah Bahagian Hal Ehwal Militari Bukan
Tradisional MiDAS Encik Mohd Hafizuddin bin
Dato’ Hj Damiri, Ketua Pengarah IDFR Ambassador
Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari serta Ketua Penolong
Setiausaha Bahagian Eropah Diplomasi Dua Hala
Kementerian Luar Negeri Malaysia Puan Rafiqa
Hazura Md Ridzuan.
Manakala barisan penceramah pihak Perancis pula
terdiri daripada Pengarah IHEDN Lieut Gen Jean-Marc
Duquesne, Timbalan Pengarah IHEDN Ambassador
Joël De Zorzi, Pengarah Kajian dan Penyelidikan
(Studies and Research) IHEDN Encik Michel Foucher,
Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Maritim (SG.
Mer) Rear Adm Patrick Chevallereau, Maritime
Security Direction CMA-CGM Group Encik Dominique
Baltmigère serta Ketua Pengarah French National
Agency for Information Systems Security (ANSSI)
Encik Patrick Pailloux.
1...,126,127,128,129,130,131,132,133,134,135 137,138,139,140,141,142,143,144,145,146,...172
Powered by FlippingBook