Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 142

141
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pembangunan Sumber Maklumat
UPNM bersama-sama enam (6) buah IPTA dan satu (1) IPTS telah diletakkan di bawah PoP UM yang mewakili
Zon Tengah. Selain dari itu, terdapat lima (5) buah lagi PoP iaitu di USM (Zon Utara), UTM (Zon Selatan), UMP
(Zon Timur) dan UNIMAS (Zon Malaysia Timur). Kesemua PoP tersebut mempunyai ahli masing-masing dan
dihubungkan kepada MyREN Network Operation Centre (NOC), Cyberjaya.
Antara inisiatif yang telah dan sedang dibangunkan dengan menggunakan rangkaian ini adalah seperti
syarahan maya (virtual lecture) yang menggunakan peralatan video conferencing, e-pembelajaran,
teleperubatan, GRID computing, Bioinformatics dan lain-lain. MyREN juga dalam proses memperluaskan
prasarana ini kepada semua Politeknik dan Kolej Komuniti yang terdapat di seluruh negara. Rajah 11.2
menunjukkan lokasi Point of Presence (PoP) yang digunakan oleh pihak MyREN bagi penggunaan bandwidth
yang diagihkan kepada setiap lokasi yang telah dikenal pasti di setiap Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
yang terlibat.
Lokasi Point of Presence (PoP)
Rajah 11.2
Aktiviti Sepanjang Tahun 2012
4
Menyediakan dan menyelenggara peralatan rangkaian seperti core switch, distribution switch, access
switch dan lain-lain di bangunan pentadbiran dan asrama di kampus UPNM.
4
Pelaksanaan dan penggunaan MyREN (Malaysian Research and Education Network) dengan kelajuan
capaian daripada 10 Mbps kepada 22 Mbps.
4
Naik taraf talian utama Internet daripada 64 Mbps kepada 100 Mbps Metro-E.
4
Penyelenggaraan Firewall dan Link Controller untuk keselamatan rangkaian UPNMNet.
4
Menaik taraf dan memperluas liputan wayarles di bangunan lama dan baharu.
4
Mempertingkatkan keselamatan dan pemantauan penggunaan internet bandwidth kepada semua staf
dan pelajar UPNM dengan perolehan Internet Access Management (IAM) yang baharu.
Kekuatan Seksyen Rangkaian
Menunjukkan bilangan staf bagi Seksyen Rangkaian pada tahun 2012.
Bilangan
Jawatan
Pegawai Teknologi Maklumat (F41)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)
Juruteknik Komputer (FT17)
1
1
2
Jadual 11.1
Jadual 11.1 ini menunjukkan bilangan staf bagi Seksyen Rangkaian pada tahun 2012
1...,132,133,134,135,136,137,138,139,140,141 143,144,145,146,147,148,149,150,151,152,...172
Powered by FlippingBook