Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 143

142
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Seksyen Perkhidmatan ICT
Seksyen Perkhidmatan ICT telah diberi nafas baharu setelah penstrukturan semula organisasi Pusat
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) pada Ogos 2012. Seksyen ini berfungsi memberi perkhidmatan
dan sokongan teknikal ICT yang efisyen kepada warga UPNM. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah
seperti berikut.
1. Memberi khidmat bantuan pengguna peringkat pertama (first level support) yang merangkumi
penyelenggaraan dan baik pulih terhadap kerosakan peralatan dan perkakasan ICT, perisian dan
rangkaian yang berada di bawah seliaan PTMK.
2. Memberi khidmat pinjaman peralatan dan perkakasan ICT.
3. Memberi khidmat sokongan teknikal ICT dalam membantu program-program yang dianjurkan oleh
UPNM.
4. Mengurus, menganalisis dan merancang perolehan peralatan dan perisian ICT untuk kegunaan
pengajaran, pembelajaran dan tadbir urus universiti.
5. Merekod dan memantau pergerakan aset ICT di bawah perolehan PTMK.
Seksyen Perkhidmatan ICT dipertanggungjawabkan untuk mengkaji dan menganalisis keperluan komputer
dan notebook bagi kegunaan staf UPNM pada tahun 2012 bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan
pentadbiran. Bermula tahun 2012, pihak UPNM bercadang untuk membuat perolehan komputer dan
notebook secara sewaan selama tiga (3) tahun dengan jumlah kos yang diperuntukkan adalah RM900,000.00.
Sebanyak 100 unit komputer peribadi dan 100 unit notebook akan dibekalkan secara berperingkat mengikut
jadual agihan yang telah ditetapkan oleh PTMK.
Dalam memastikan semua peralatan dan perkakasan ICT dalam keadaan baik, Seksyen Perkhidmatan ICT
telah menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
1.
Penyelenggaraan Berkala Komputer dan Notebook Staf UPNM yang telah diadakan dua (2) kali setahun
iaitu pada Mei dan Disember 2012. Penyelenggaraan ini terhad kepada peralatan ICT yang masih di
bawah jaminan seperti di Jadual 11.2.
Pembangunan Sumber Maklumat
Jenama serta Bilangan Notebook dan Komputer Peribadi pada Tahun 2012
Bilangan
Jenama
Lenovo T400
HP Probook 4400s
Acer 8473TG
Lenovo 7484
Dell Optilex 780MT
Acer Veriton M6610
130
50
30
150
60
150
Notebook
Komputer Peribadi
Jadual 11.2
2.
Penyelenggaraan Berkala Projektor di Bilik Kuliah telah diadakan dua (2) kali setahun. Penyelenggaraan
ini melibatkan 38 unit projektor yang diselia oleh PTMK melibatkan bilik-bilik kuliah di Bangunan Bestari.
3.
Pada bulan April-Mei 2012, terdapat pencerobohan keselamatan di dalam rangkaian UPNM. Seksyen
Perkhidmatan ICT telah bekerjasama dengan Seksyen Keselamatan Data bagi menjalankan gerak kerja
Audit Insiden Pelanggaran (Violation) Keselamatan Rangkaian bagi memastikan tahap keselamatan
semua peralatan ICT di UPNM dalam keadaan baik.
Sepanjang tahun 2012, Seksyen Perkhidmatan ICT juga telah menjalankan gerak kerja mengemas kini
rekod aset ICT bagi menambah baik pengurusan aset universiti. Selain itu, Seksyen Perkhidmatan ICT turut
merangka satu Garis Panduan Penggunaan Peralatan dan Perkakasan ICT Untuk Staf UPNM bagi memastikan
pengguna faham akan tanggungjawab dan peranan dalammenggunakan perkhidmatan ICT yang disediakan
oleh PTMK.
1...,133,134,135,136,137,138,139,140,141,142 144,145,146,147,148,149,150,151,152,153,...172
Powered by FlippingBook