Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mula menerima pelajar yang kembali ke kampus bagi sesi akademik 2021/2022 secara fizikal mulai 15/10/2021. Jumlah pelajar yang akan kembali ke kampus adalah 3900 orang.

Bagi kemasukan pelajar di UPNM, pelajar & ibubapa/waris perlu menunjukkan sijil vaksinasi di Balai Pengawal sebelum memasuki kampus & pelajar perlu menjalani prosedur saringan kesihatan & ujian calitan sebelum dibenarkan memasuki kolej kediaman.

Jom bersama kita meraikan pelajar-pelajar kembali ke kampus & mengalukan kedatangan pelajar-pelajar baharu ke kampus UPNM !!!