Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (Centre for Defence and International Security Studies - CDISS) telah ditubuhkan pada Januari 2009 dengan hasrat menjadi institusi penyelidikan dan pusat perundingan ulung dalam bidang seperti strategi pertahanan, keselamatan, dan hubungan antarabangsa. CDISS juga menjadi pusat rujukan utama Kerajaan dalam isu-isu pertahanan nasional dan keselamatan. Di samping menjadi pusat rujukan CDISS Menganjur dan mengendali persidangan-persidangan dan seminar antarabangsa dan kebangsaan berkaitan isu-isu pertahanan dan keselamatan.

Bidang kajian CDISS:

  • Polisi Pertahanan (Defence Policy)
  • Geopolitik (Geopolitics)
  • Polisi Serantau (Regional Policy)
  • Polisi luar (Foreign Policy)
  • Keselamatan Siber (Cyber Security)

CDISS telah mewujudkan hubungan kerja dengan agensi-agensi berikut:

  • Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)
  • Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
  • Institut Maritim Malaysia (MIMA)
  • Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Malaysia (IDFR)
  • Universiti awam terpilih yang telah menubuhkan pusat berkaitan pertahanan dan keselamatan

CDISS telah menjalankan hubungan kerja yang rapat dengan berikut:

  • Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI)
  • S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Singapura
  • Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia