Penerbit UPNM telah ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Disember 2008 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Universiti yang bersidang pada hari yang sama.

Secara umumnya, Penerbit UPNM memegang misi menerbit dan menyebar terbitan para akademia UPNM dan karyawan lain sebagai penyumbang kepada penyebaran ilmu pertahanan dan keselamatan. Penerbit UPNM berhasrat menjadi sebuah Penerbit Universiti yang terpandang melalui penghasilan karya-karya ilmiah yang bermutu tinggi terutamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan.