PIAGAM PELANGGAN

 

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti:

  • Keutamaan akan kami berikan kepada kes kecemasan dan kritikal dan akan dirawat dengan kadar serta-merta;
  • Perkhidmatan perawatan akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya;

Jenis Pelanggan
 (Pesakit luaran/ulangan)

Indikator

Ibu mengandung

30 minit

Bayi / Kanak-kanak

15 minit

Warga emas

30 minit

Lain-lain kategori

60 minit (dengan syarat terdapat sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai perubatan yang bertugas ketika itu)

  • Memastikan semua ubat didispens di kaunter farmasi dalam tempoh 30 minit selepas menerima preskripsi;
  • Memastikan semua kes rujukan ke hospital yang menggunakan ambulans dihantar serta merta selepas keadaan pelanggan stabil;
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin;
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan;
  • Memastikan aktiviti promosi kesihatan bagi setiap kumpulan sasar (pelanggan) yang khusus, 100% mengikut jadual yang ditetapkan; dan
  • Memberi respons atau membalas segala aduan pelanggan secara bertulis atau emel kepada pengadu dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima.