PEJABAT PENOLONG NAIB CANSELOR
(PENGURUSAN PROJEK DAN PEMBANGUNAN STRATEGI)

 

Pejabat Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) ditubuhkan selaras dengan kelulusan penstrukturan semula organisasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) peringkat kedua hasil daripada Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-43 Bil. 3/2020 pada 29 September 2020. Pejabat PNC (PPPS) mula beroperasi secara rasminya pada 1 Mac 2021.

 

Berdasarkan penubuhan Pejabat PNC (PPPS) turut ditubuhkan Bahagian Pengurusan Projek dan Perancangan Strategi (BPPS) dan penempatan baharu bagi Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (sebelum ini dikenali sebagai Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data – PJKPD); Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (nama asal Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi - PTMK); Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan (nama asal Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan), Unit Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) (iaitu gabungan dua unit iaitu Unit Pengurusan Risiko dan Unit OSH).

 

Pejabat Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan Universiti khususnya bagi memantau projek pembangunan dalam universiti dan pengurusan data-data strategik universiti serta pengurusan risiko, keselamatan dan kesihatan para pekerja secara amnya.

 

Selain itu, Pejabat Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) juga menaungi dan menjalankan fungsi pengurusan pejabat-pejabat di bawah pentadbiran Pejabat Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) seperti berikut:

 

  1. Bahagian Pengurusan Projek dan Perancangan Strategi (BPPS)
  2. Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK)
  3. Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD)
  4. Unit Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH)