Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya, laman web bagi Akademi Latihan Ketenteraan dizahirkan dengan jayanya.

Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) adalah merupakan satu organisasi yang menguruskan hal-hal ketenteraan serta melatih Pegawai Kadet dan PALAPES UPNM. Di sinilah kehidupan seorang pegawai kadet dilatih dan dibimbing oleh jurulatih yang dipertanggungjawabkan dalam membentuk sahsiah dan jati diri pegawai kadet itu menjadi Intelectual Leaders of Character. ALK juga berperanan dalam mengeluarkan seorang pegawai tentera yang berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan budaya tentera selaras dengan wawasan dan misi ALK. Sebagai sebahagian tonggak utama kepada UPNM, ALK berperanan untuk membantu universiti mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang dalam membentuk universiti ini menjadi universiti yang unik atau Boutique University.

Adalah diharapkan dengan adanya laman web ini, maka banyak maklumat berkenaan ALK dapat disampaikan. Sebarang maklumbalas, pandangan atau cadangan daripada para pengunjung laman web ALK adalah amat dialu-alukan bagi menambah baik laman web ini.

Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua staf dan jurulatih ALK yang sentiasa bekerja keras dalam membantu ALK menjadi satu ketumbukan yang cemerlang bagi membentuk bakal pegawai tentera yang mempunyai Academic, Attributes, & Attitudes.

 

BRIG JEN DATO' HJ SAADON BIN HJ HASNAN TUDM

KOMANDAN

AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN