22 Okt 2021 | Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM telah menerima kunjungan hormat dari Colonel Emmanuel Peltriaux, Defence Attache France dan Colonel Eric Genot, Defence Equipment Attache France. Kedua-dua pegawai ini turut membuat kunjungan hormat kepada Dato’ Dr. Junaidah binti Kamarruddin, Penolong Naib Canselor Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PJIPK).

Dalam kunjungan hormat ini, beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah persediaan Education Training Working Group di antara UPNM dengan Director General De L’Armement (DGA) France yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2021. Perkara-perkara lain yang turut dibincang adalah potensi kerjasama pendidikan, latihan dan penyelidikan di bawah platform Industrial Collaboration Program (ICP) dan Program-program Offset.

Turut serta adalah Prof. Dato’ Ts Dr Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Dato’ Dr. Jesbil Singh, Felo Penyelidik UPNM dan pegawai-pegawai Pejabat PNC PJIPK.