Pada 23 November 2021 (Selasa), Dato’ Dr. Junaidah binti Kamarruddin, Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri & Perhubungan Korporat) telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Haji Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Di dalam pertemuan itu, satu perbincangan kerjasama strategik telah diadakan untuk meneroka peluang, penyelidikan, pendidikan dan perniagaan dalam rawatan dan perubatan alternatif kepada perkhidmatan penjagaan holistik keibubapaan. Ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan keluarga dan kesihatan reproduktif. LPPKN menawarkan program dan modul kesihatan serta perawatan keluarga untuk dipersijilkan. Sementara itu, UPNM akan memberi nilai tambah menerusi modul sains sukan kepada silibus sedia ada di LPPKN.

Turut hadir sama adalah Prof Dr Mohar Kassim, Pengarah Akademik Kecergasan Pertahanan dan Puan Sarina binti Abdul Rani, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi.