24 November 2021 | Rabu | Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Cancelor UPNM telah menerima kunjungan hormat dari Encik Nadzeem bin Abdul Rahman, Pengarah Urusan Defence Services Asia (DSA).

Dalam kunjungan hormat ini, Encik Nadzeem selaku Pengarah Urusan (DSA) telah menjemput pihak UPNM untuk menyertai Defence Services Asia Exhibition and Conference (DSA 2022) yang dijadualkan akan berlangsung pada 28 - 31 Mac 2022 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.

Dalam sesi perbincangan, Pihak UPNM telah diberi peluang untuk mendirikan booth pameran semasa berlangsungnya (DSA 2022) seperti tahun-tahun sebelumnya. Selain mempromosikan program akademik yang ditawarkan di UPNM, pihak UPNM juga akan mempromosikan hasil penyelidikan khusus dalam bidang keselamatan siber (cybersecurity).

Turut serta adalah Prof. Dato Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman Bin Mohamad Nor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Dato Dr. Junaidah binti Kamarruddin, Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri & Perhubungan Korporat), Prof. Dato Dr. Jesbil Singh @ Jasbir Singh Sandhu, Felo Penyelidik UPNM dan pegawai-pegawai Pejabat PNC PJIPK.