29 Disember 2021 (Rabu) - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terdiri daripada staf dan pelajar telah berkunjung ke Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Kuala Lumpur bagi menerima 100 pax bakul bantuan banjir.

 

Sumbangan ini telah disampaikan oleh En. Kamaruzaman Mustapha mewakili YBhg Datuk Zaizalnizam bin Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif YWP. Sumbangan ini akan diagih-agihkan kepada staf, pelajar dan keluarga mereka serta mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

 

Turut hadir adalah En. Che Shamzuzuki bin Che Noh, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.