Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI WEBINAR PROGRAM BICARA ILMU SIRI 1/2022: HIDUP TIDAK SELALU INDAH” ANJURAN PUSAT ISLAM UPNM DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENDAFTAR UPNM

Merujuk perkara di atas dengan segala hormatnya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UPNM dengan kerjasama Unit Latihan dan Kompetensi, Pejabat Pendaftar UPNM akan menganjurkan satu Webinar Program Bicara Ilmu Siri 1/2022: “Hidup Tidak Selalu Indah” melalui platform Microsoft Team dan Facebook rasmi Pejabat Pendaftar UPNM. Maklumat terperinci program adalah seperti berikut:

Tarikh : 09 Februari 2022 | 07 Rejab 1443H (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Penceramah : Al-Fadhil Ustaz Mohd Elyas bin Ismail
(Pengarah Urusan High Step Consultant)

3. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk mengikuti Webinar ini. Bersama-sama ini disertakan jaringan pautan untuk YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Taun/Puan turut serta dalam program yang akan diadakan ini:

Platform: Microsoft Teams
Pautan: https://bit.ly/programbicarailmuupnm

Platform : Facebook LIVE Pejabat Pendaftar
Pautan : https://www.facebook.com/upnmpendaftar

4. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan bagi perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”