AMPANG, 27 Jan 2022- Kunjungan Hormat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke Kedutaan Republik Kesatuan Myanmar yang diketuai oleh Felo Utama Dato' Akhtar Zainudin, Pengarah Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa, Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Datin Sharifah Suraya binti Syed Ismail, Eksekutif Kebudayaan Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa.

Perancangan Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa selari dengan Amanat Tahun 2022 Menteri Pengajian Tinggi dengan tema "Memperhebat Strategi, Melonjak Kecemerlangan". Kunjungan ini disambut oleh Brigedier Jeneral Aye Lwin, Military, Naval & Air Attache dan pegawai-pegawai kedutaan. Perbincangan menjurus kepada kerjasama strategik Kedutaan Republik Kesatuan Myanmar dan universiti-universiti di Myanmar dengan UPNM. Perkara-perkara yang dibincangkan ialah penawaran program akademik pra siswazah dan pasca siswazah, program mobiliti pelajar, program sangkutan pensyarah, penganjuran webinar dan perkongsian ilmu dalam kursus seperti Sejarah Ketenteraan. Perbincangan lanjut akan diadakan dengan mengadakan mesyuarat secara maya antara UPNM dengan universiti-universiti di Republik Kesatuan Myamnar.