UPNM, 22 Mac 2022 (Selasa) – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menjalankan sesi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Bil.1/2022 dengan jayanya. Keseluruhan pihak pengurusan Universiti telah menghadiri MKSP Bil. 1/2022 secara fizikal dan atas talian bagi membincangkan aspek penambahbaikan proses dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di seluruh kampus UPNM. Semua maklum balas dari mesyuarat dan audit yang lepas telah diambil tindakan dan diselesaikan oleh pihak FPJB terbabit. Dalam MKSP ini juga semua laporan terkini bagi pensijilan sistem pengurusan kualiti telah dibentangkan dan juga pembentangan daripada pihak Jawatankuasa Audit Dalam SPK MS ISO 9001, SPk MS 1900, Laporan Aduan, Kajian Kepuasan Pelanggan, Pengurusan Risiko dan Validasi Dalaman daripada pihak ALK.

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ini adalah sebagai satu platform UPNM untuk bersedia menghadapi Audit Pihak Ketiga oleh Llyod’s Register Sdn. Bhd. yang bakal dilaksanakan pada bulan April nanti.