28 Mac 2022 - Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia atau Defence Services Asia (DSA) dan Keselamatan Nasional atau NATSEC bagi tahun 2022 telah berlangsung di Malaysia International and Trade Exhibition Centre (MITEC) mulai 28 hingga 31 Mac 2022.

Pameran ini melibatkan 54 buah negara antaranya Austria, Azerbaijan, China, Republik Czech, Perancis, Jerman, Indonesia, India, Itali, Norway, Sepanyol dan Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Konsep pameran ini menjuruskan portfolio keselamatan dan pertahanan mensasarkan 1,170 buah syarikat industri pertahanan dan keselamatan. Dijangkakan seramai 25,000 orang pengunjung akan menghadiri DSA pada kali ini yang mempamerkan pelbagai teknologi terkini dan peralatan pertahanan yang canggih termasuk kedatangan 350 orang delegasi kenamaan.

 

 

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) juga turut serta dalam pameran ini dengan menganjurkan Round Table Discussion, Pocket Talk on Women in Peace and Security, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Pameran Produk Inovasi UPNM. Sebilangan pelajar-plajar UPNM juga mengambil bahagian sebagai Duta VIP.

Acara ‘Gracing Ceremony’ telah disempurnakankan oleh YB Dato’ Seri Hishammudin bin Tun Hussein bersama YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri. Turut sama adalah Panglima Angkatan Tentera dan  pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang lain. 

 

 

YB Menteri Dalam Negeri, YAB Menteri Besar Terengganu, Panglima Tentera Darat Brunei, Ketua Polis Negara, Ketua Setiusaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan Ketua Pengarah  Penguatkuasa Maritim  di antara tetamu yang telah meluangkan masa melawat booth UPNM dan disambut oleh YBhg Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM serta Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi UPNM.

Pada akhir acara sesi pertama pameran, delegasi UPNM telah mengabadikan kenangan di booth dengan acara bergambar.