21 April 2022 (Khamis). Majlis Berbuka Puasa Peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diadakan di Dewan Pendekar UPNM. Majlis diadakan bukan sahaja untuk bersama-sama berbuka puasa malah ia merupakan satu wadah di mana semua staf UPNM dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah mereka. Di samping itu, UPNM juga meraikan dan menyantuni 30 orang pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM).

Sebaik sahaja selesai berbuka puasa, semua hadirin bergerak ke Masjid Muhammad Al-Fateh UPNM untuk menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat Terawih secara berjemaah. Majlis disambung semula di Dewan Pendekar dengan jamuan moreh. Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM juga menyampaikan ucapan dengan menyatakan kesyukuran di atas nikmat kehidupan yang dianugerahkan jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang bergolak dengan konflik dan krisis peperangan.

Turut hadir di majlis ini termasuklah Ahli-ahli Lembaga Pengurusan Universiti, Ahli-ahli Pengurusan Tertinggi UPNM dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPNM.