Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai Pameran International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula daripada 26 sehingga 27 Mei 2022.

Pameran ITEX 2022 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan.

Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor korporat dari negara Asia dan Eropah.

Sebanyak 7 penyertaan produk daripada 5 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut.

UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu empat (4) pingat emas dan tiga (3) pingat perak. 

Ini adalah merupakan pencapaian yang membanggakan bagi Universiti. Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:

 

Tahniah diucapkan kepada Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI), UPNM dan penyelidik-penyelidik UPNM yang telah berjaya mengharumkan nama UPNM dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta membuktikan bahawa UPNM mampu bersaing dengan Universiti Awam dan Pusat Penyelidikan yang lain di peringkat antarabangsa.