13 Jul 2022 - Sempena sambutan Aidil Adha, Pusat Islam UPNM telah menganjurkan Program Ibadah Qurban 1443H/2022 di Pusat Marin UPNM. Sebanyak 9 ekor lembu telah disempurnakan penyembelihan dalam melaksanakan ibadah qurban ini.

Ibadah qurban merupakan tanda mensyukuri atas segala nikmat yang Allah anugerahkan dan ia menjadi bukti bahawa Islam menggalakkan umatnya melaksanakan amalan bersedekah kepada masyarakat yang memerlukan. Melalui ibadah qurban juga dapat meningkatkan rasa ukhwah, kasih sayang dan perpaduan antara sesama insan.

Sementara itu, acara simbolik penyerahan pisau penyembelihan kepada YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam, Lt Kol Prof Madya Dr. Daud bin Mohamed Salleh (Bersara).

Turut hadir sama dalam program ibadah qurban adalah barisan Pengurusan Tertinggi UPNM dan staf UPNM.

 

*Lihat Video Pendek Program Ibadah Qurban UPNM Disini: https://youtu.be/ZU4dcXuCtYk