Pada 24 hingga 26 Julai 2022, Pejabat Penolong Naib Canselor Pengurusan Projek dan Pengurusan Strategi (PNC PPPS) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemantauan dan Kajian Pelan Tindakan Strategik UPNM bertempat di Hotel Copthrone, Cameron Highlands, Pahang.

Program ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan secara tuntas dan sumbang saran daripada Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua FPJB bagi membincangkan kajian semula dan penetapan sasaran Pelan Tindakan Strategi UPNM 2021-2025 seiring dengan Pelan Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi 2021-2025.

Pelan Tindakan Strategi UPNM yang merangkumi 11 shift telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan pula membentangkan strategi setiap shift dengan mengemukakan inisiatif strategi dan pelan tindakan yang terarah dan berfokus.

     Shift 1 – Holistic, Entrepreneurial and Balanced Graduates

     Shift 2 – Talent Excellence

     Shift 3 – Nation of Lifelong Learners

     Shift 4 – Quality Technical and Vocational Education and Training (TVET) Graduates

     Shift 5 – Financial Sustainability

     Shift 6 – Empowered Governance

     Shift 7 – Innovation Ecosystem

     Shift 8 – Global Prominence

     Shift 9 – Global Online Learning

     Shift 10 – Transformed Higher Education Delivery

     Shift 11 – NDUM Focussed Shift

Bengkel selama tiga hari ini telah dibuka dengan rasminya oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM. Di dalam ucapannya, beliau menekan kepentingan hala tuju UPNM selari dengan matlamat dan objektif KPT agar UPNM berada di landasan yang betul dalam merealisasikan misi, visi dan aspirasi UPNM.

Beliau turut bersetuju agar UPNM menyertai Universiti-universiti Awam (UA) lain dalam QS Ranking seawal tahun 2025. Beliau menjelaskan ia merupakan langkah dinamik ke arah mengembangkan status UPNM yang berlandaskan niche keselamatan dan pertahanan serta mendapat pengiktirafan di persada nasional dan antarabangsa.

Bengkel ini secara keseluruhannya telah berjaya menunjukkan pencapaian semasa setiap shift yang dibentangkan di samping menambahbaik inisiatif strategi dan pelan tindakan.

Turut hadir barisan Pengurusan Tertinggi UPNM dan Ketua-ketua FPJB UPNM.

 

  Mega338